Isnin, 4 September 2017

Kelebihan dan Kelemahan pemetaan i-Think

PENGENALAN 


     Alat berfikir yang dipilih oleh penulis ialah pemetaan i-Think. Pertamanya, i-Think bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia. Menurut kajian yang dijalan oleh Laura (2011), peta pemikiran telah berjaya meningkatkan keupayaan pelajar untuk membanding beza sebanyak 69%. Beliau juga menyatakan bahawa peta pemikiran telah dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar. Berdasarkan kajian oleh Morgan-Janes (2009) mendapati bahawa peta pemikiran merupakan alat yang sangat berguna untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Seterusnya, menurut kajian yang telah dijalankan oleh TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) dan PISA (Programme for International Student Assessment) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian tersebut mendapati, murid mempunyai berpengetahuan tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Murid perlu dilatih membuat analisis dan perbincangan. Program i-Think bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.


CONTOH







KELEBIHAN PEMETAAN i-THINK

  • Lebih mudah untuk mengingati isi-isi penting atau isi utama sesuatu mata pelajaran yang dipelajari. 
  • Lebih menarik kerana terdapat pelbagai bentuk seperti gambar di atas.
  • Dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan memudahkan proses penyerapan isi-isi penting dalam pembelajaran.
  • Menjadi alat yang dapat menghubungkan jurang budaya antara guru dan murid.
  • Dapat meningkatkan kemahiran kognitif pelajariaitu mendefinisikan konsep, menerangkan, mengenal pasti, mengkategori dan menyusun maklumat, menyusun, banding beza, sebab dan akibat, menganalisa dan membuat keputusan.
  • Menggalakkan pelajar untuk menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
  • Lebih berstruktur dan sistematik.
  • Dapat meningkatkan kreativiti pelajar dalam mencipta peta ini.
  • Peta ini lebih memfokus kepada isi-isi penting.

KELEMAHAN PEMETAAN i-THINK

  • Mengambil masa yang lama untuk menghasilkan peta kerana pelajar perlu memahami keseluruhan topik.
  • Perlu berfikir dahulu sebelum menghasilkan peta kerana pelajar perlu ambil isi-isi penting sahaja.

Kelebihan dan Kelemahan pemetaan i-Think

PENGENALAN       Alat berfikir yang dipilih oleh penulis ialah pemetaan i-Think. Pertamanya, i-Think bermaksud innovative thinking (Pemi...